ilmu=pengetahuan sama ada tentang akhirat atau duniawi <kamus dewan yang bagi tau>
hmm.. Masyarakat sekarang amat mementingkan ilmu. Bagi mereka tanpa ilmu mereka sangat ketinggalan, sangat loser. Betul ke? Mungkin betul kerana mentaliti masyarakat kini memang begitu.
Kita sering membuat spekulasi bahawa pemandu teksi itu tidak berpelajaran. Tukang sapu itu hanya taraf PMR. Pekebun itu gagal separuh jalan dalam pelajaran di universiti. Spekulasi yang tak berasas langsung. Pernah tak kita selidik dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan yang sungguh menjengkelkan itu? Mungkin mereka tidak mempunyai pelajaran duniawi tapi bagaimana pula dengan ilmu akhirat mereka. Ilmu fardu ain yang lebih penting daripada segala-galanya. Pada waktu itu kita akan malu sehingga tidak mampu untuk mengankat muka.
"Kalau setakat nak kerja kilang tu gerenti jangan ambik degree la. Buat abis duit je blaja tinggi2 tapi nak kerja kilang. hahaha..."
Hei, ayat apa ni? Perlu ke sampai macam tu kita menghina? Sekurang-kurangnya dia mempunyai ilmu mungkin lebih tinggi daripada kita sedangkan kita? tepuk dada tanya pada diri.
Rakyat kita lebih cenderung mengukur kejayaan seseorang melalui sekeping sijil. Sijil? Berhabis duit selagi boleh korek korek sampai habis, membuat pinjaman berpuluh-puluh ribu, tak tidur malam, penat. huh, jangan cakap pasal penat. Semua ada masa kita tengah berlumba untuk dapatkan sekeping sijil tu. Tapi yang tu la masyarakt kita nak tengok.
Lagi satu. Exam Oriented. Sangat membebankan. Belajar sampai langsung tak da budak tu social life. Kenapa sampai macam ni sekali? Bila diaorang tak mampu nak bersaing dalam dunia sebenar kita salahkan pelajar tu. Pandai teori tapi praktikal FAIL. Tapi sebenarnya kita sedar tak, bahawa kita yang menjadikan mereka macam tu.
Oleh itu, kita sebagai masayarakat perlu peka. Bukan semua orang mampu mampu untuk "membeli" sekeping sijil. Bukan semua mampu untuk terus fokus dalam melakukan sesuatu tanpa melihat kiri kanan. Dan bukan semua mempunyai nasib yang baik seperti pemegang sijil yang lain.
The Power of Knowlegde
Tiada ulasan:
Catat Ulasan