Manusia dalam dunia ni ada macam-macam perangai. Kadang-kadang kita tak dapat nak tebak hati mereka. Cantik di luar belum tentu cantik di dalam. Buruk di luar belum tentu buruk di dalam. Macam tu la hati manusia. <apa kena mengena ntah ngan tajuk entri aku tu. hehehe>
Saya pernah berjumpa dengan manusia yang luaran nampak baik tapi hakikatnya sangat mementingkan gelaran. Bagi beliau gelaran itulah segala-galanya. Sampai satu ketika timbul fikiran jahat "gelaran tu boleh bawak mati ke?". Tapi mereka tidak pernah menghiraukan apa kata orang. Mungkin kerana usaha yang telah dilakukan bagi mendapat gelaran tersebut membuat mereka terlalu taksub dengan gelaran yang dipegang. Pengorbanan yang telah dilakukan membuatkan mereka ingin masyarakat sekeliling menghargai dan menyanjungi gelaran tersebut.
Terdapat juga manusia yang langsung tidak kisah akan pangkat dan gelaran yang disandang. Saya pernah temui manusia jenis ini. Beliau merupakan tokoh koporat yang berjaya namun beliau sangat "humble". Tidak kisah digelar 'pak cik' oleh anak-anak jiran. Malah beliau tetap ramah melayani kerenah kanak-kanak tersebut. Beliau ke kemana-mana hanya berpakaian ringkas. Tidak pernah berasa bangga dengan gelaran yang ada.
Bila melihat dua situasi ini saya mula terfikir. Apakah yang membuatkan mereka berbeza? Satu gelaran terhormat manakala satu gelaran akademik. Pada saya pemegang gelaran akademik seharusnya mampu berfikir dengan lebih rasional dan terbuka. Namun, mereka lebih tergila-gilakan gelaran duniawi ini. Sedangkan tokoh ini yang saya tidak pasti peringkat akademiknya mampu berfikir dengan lebih baik.<pada pendapat saya taraf akademiknya rendah daripada insan yang satu lagi>
Fikir-fikirkanlah. Ada Apa Dengan Gelaran?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan