Aku sebuah buku.
Andai boleh aku pilih aku ingin menjadi apa. Buku. Itulah jawapanku. Bagiku buku adalah sesuatu yang sangat bernilai. Tiada harga yang dapat diletakkan pada sebuah buku. Aku dan buku tidak dapat dipisahkan. Sejak kecil lagi aku telah ditanam minat membaca. Semua jenis bahan bacaan aku baca tidak kira sama ada fiksyen mahupun bukan fiksyen. Oleh sebab itu, aku sangat berbesar hati andai aku bisa menjadi buku.
![]() |
<yahoo, saya dah jadi buku!> |
Andai boleh aku pilih aku ingin menjadi apa. Buku. Itulah jawapanku. Bagiku buku adalah sesuatu yang sangat bernilai. Tiada harga yang dapat diletakkan pada sebuah buku. Aku dan buku tidak dapat dipisahkan. Sejak kecil lagi aku telah ditanam minat membaca. Semua jenis bahan bacaan aku baca tidak kira sama ada fiksyen mahupun bukan fiksyen. Oleh sebab itu, aku sangat berbesar hati andai aku bisa menjadi buku.
Padaku buku adalah lautan ilmu yang tidak terperi. Aku
ingin menjadi seperti buku. Mempunyai ilmu yang tanpa had dan sempadan. Buku
menjadi tempat rujukan, tempat luahan ilmu, tempat mendamaikan jiwa dan tempat
meluahkan perasaan. Kita tidak pernah sedar akan kepentingan buku. Bagi kita buku hanya tempat untuk mencari
ilmu. Hakikat sebenar terlalu banyak kelebihan buku yang tidak pernah kita
sedar.
Tanpa sedar kita telah membuat contengan di atas dada
buku untuk meluahkan emosi kita pada waktu itu. Kita juga mencari buku untuk
melepaskan stress dengan membaca buku fiksyen. Buku juga boleh dijadikan teman
rapat kerana buku tidak pernah jemu untuk mengikuti kita ke mana sahaja. Buku
juga tidak pernah cemburu jika kita menduakannya.
Semakin buruk itu, semakin kuat perasaan sayang kita
padanya. Keadaan buku itu menunjukkan rasa sebenar kita padanya. Buku juga
mempunyai nilai yang tinggi pada masa hadapan. Hal ini kerana, buku yang telah
dicetak pada waktu ini belum tentu akan diulang cetak pada masa hadapan. Lantaran
itu, pasti sukar untuk kita mencarinya pada masa hadapan. Pada ketika ini kita
akan melihat betapa tingginya nilai buku itu.
Buku juga merupakan harta kekal yang boleh dianggap
seperti muzium. Pelbagai kisah, barangan, dan sejarah yang terpapar dalam buku.
Kita hanya perlu mencarinya. Berhabisan duit hanya sekali tetapi ilmu yang ada
di dalamnya akan kekal selamanya. Oleh kerana sifat buku itu tidak pernah lupus
melainkan kita yang melupuskannya. Maka buku sentiasa menjadi tumpuan segenap
masyarakat seluruh dunia.
Kesimpulannya, andai aku boleh menjadi sesuatu buku
adalah pilihan utamaku. Aku
ingin berkongsi seluruh ilmuku. Aku ingin menjadi penghibur duka. Aku ingin
menjadi tempat luahan perasaan.Aku ingin menjadi teman kepada sesiapa sahaja.
![]() |
<mini library in the house. coming soon.> |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan