Jumaat, 29 Mac 2013

STRESS?

Minggu-minggu stress telah tiba!!!

Bagi seorang pelajar, mahasiswa, guru, akauntan, jurutera, siapa-siapa saja. Setiap daripada kita pasti akan ada masa-masa yang sangat tertekan. Tapi bagi seorang mahasiswa minggu ke-6 hingga minggu ke-14 adalah saat kritikal. Tak cukup tidur adalah sesuatu yang normal. Masa ni tekanan dalam diri tak mampu untuk diluah. Pasal apa? Kawan-kawan kiri kanan  pun sama macam kita jugak. Stress!!


<Stress>


Oleh itu,dengan cara apa dan bagaimana mereka mengurus tekanan terpulang. Setiap individu mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengawal tekanan yang dilalui.

Cara saya melepaskan tekanan adalah makan dan tidur. Jika masih tidak mampu untuk membebaskan diri saya akan keluar dari Zon Tekanan untuk beberapa ketika. Setelah kembali segar dan "mood" baru dah dapat baru la boleh buat kerja dengan senang dan tenang.



Peace+Smile=Enjoy your life




Ada banyak cara nak uruskan stress ni sebenarnya. Antaranya:

1. Bagi yang beragama Islam solat 5 waktu, baca al-quran ambil wuduk, istifar atau pun cuba baca doa ni.
|
|
V

2. Berbincang, bercerita atau luahkan masalah pada orang lain. <pastikan orang yang kita percaya la ea>

3. Tengok alam atau benda-benda berwarna hijau. <Hijau ini warna yang mampu beri ketenangan tau!>

4. Menyanyi. <pastikan jangan sampai orang lain pulak stress dengan kita>

5. Menjerit. Cari kawasan lapang. Lepas tu jerit kuat-kuat sampai puas. Terbaik~~~

6. Dengar muzik. <Slow muzik la ye. Kalau 'heavy metal" kepala yang memang dah stress makin bertambah stress.>

7. Pakai warna-warna ceria. <hmm, baru la mata pun rasa cerah>


pfft:

Jom cuba! harap-harap dapat membantu. ^_^ 


Khamis, 28 Mac 2013

Suka Dipanggil Apa Ek?

"Hai, nama saya Suriah! Panggil je Yaya"

"Assalamualaikum. Nama diberi Nurul Nazirah. Boleh panggil saya Nurul atau Zira."

"Nama aku Ikram. Orang panggil aku Botak."


Setiap orang mempunyai panggilan yang berbeza. Biasanya panggilan yang buat kita rasa selesa dengannya. Kadang-kadang kita mendapat gelaran baru ditempat baru kerana penampilan atau sesuatu yang kita lakukan.

Ada juga yang nama lain tapi panggil lain. Perkara ini bukan sesuatu yang pelik. Mungkin dia tidak selesa dengan nama penuhnya. Kenapa? Mungkin terlalu klasik. Mungkin terlalu payah untuk disebut. Mungkin juga terlalu payah. Sehingga dia terpaksa menukar nama gelarannya yang jauh daripada nama sebenar.

Terdapat juga yang mempunyai banyak nama panggilan. Di rumah nama lain. Di sekolah nama lain. Dengan masyarakaat nama lain. Biar apa pun. Dia berasa selesa dengan cara itu.  Terdapat juga yang lebih selesa menggunakan satu nama panggilan sahaja. 

Adakalanya kita akan berjumpa dengan orang yang suka namanya dipanggil penuh. Biarpun kita rasa panggilan tersebut agak panjang namun kerana dia selesa dengan cara itu maka kita perlu menghormatinya seperti mana dia menghormati nama panggilan kita.

Selain itu, ada juga yang tidak selesa dengan beberapa bahagian namanya. 

Contohnya:

Nama: Siti Maisara 

Dia mungkin tak selesa dipanggil Siti. Meskipun itu adalah namanya. Alasan? <dia je yang tau>

Secara keseluruhannya, setipa orang mempunyai pendapat yang berbeza. Oleh itu, kita harus menghormati setiap pendapat dan tindakkan mereka selagi perkara itu betul.

L.A.G.U


Ella - Standing In The Eyes Of The World


Pahit getir hidup... 


Dan pengorbanan

Terpaksa dihadapi, 

Demi kejayaan

Terdidik sejak mula, 

Tabah berusaha

Tanpa cuba melangkah, 

Tak kemana

Di mana kau berada

Pencapaian tak tiba dengan mudah


Kini "Standing In The Eyes Of The World"

Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara dijiwa

Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar "Standing In The Eyes Of The World"



Faizal Tahir – Gemuruh
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



pfft:
Lirik lagu yang bermakna mampu menaikkan semangat kita. Sebab tu manusia biasanya akan mendengar muzik bagi melepaskan tekanan mereka. Mereka berasa bebas. Melalui lagu mesej dapat disampaikan. Melalui lagu juga kita menceriakan perasaan. Melalui lagu mereka mencari ilham. Melalui lagulah kita kita menceritakan kisah hidup secara tidak langsung.




Jumaat, 22 Mac 2013

Andai Aku Sebuah Buku !


Aku sebuah buku. 


<yahoo, saya dah jadi buku!>


Andai boleh aku pilih aku ingin menjadi apa. Buku. Itulah jawapanku. Bagiku buku adalah sesuatu yang sangat bernilai. Tiada harga yang dapat diletakkan pada sebuah buku. Aku dan buku tidak dapat dipisahkan. Sejak kecil lagi aku telah ditanam minat membaca. Semua jenis bahan bacaan aku baca tidak kira sama ada fiksyen mahupun bukan fiksyen. Oleh sebab itu, aku sangat berbesar hati andai aku bisa menjadi buku.
     Padaku buku adalah lautan ilmu yang tidak terperi. Aku ingin menjadi seperti buku. Mempunyai ilmu yang tanpa had dan sempadan. Buku menjadi tempat rujukan, tempat luahan ilmu, tempat mendamaikan jiwa dan tempat meluahkan perasaan. Kita tidak pernah sedar akan kepentingan buku.  Bagi kita buku hanya tempat untuk mencari ilmu. Hakikat sebenar terlalu banyak kelebihan buku yang tidak pernah kita sedar.
      Tanpa sedar kita telah membuat contengan di atas dada buku untuk meluahkan emosi kita pada waktu itu. Kita juga mencari buku untuk melepaskan stress dengan membaca buku fiksyen. Buku juga boleh dijadikan teman rapat kerana buku tidak pernah jemu untuk mengikuti kita ke mana sahaja. Buku juga tidak pernah cemburu jika kita menduakannya. 
     Semakin buruk itu, semakin kuat perasaan sayang kita padanya. Keadaan buku itu menunjukkan rasa sebenar kita padanya. Buku juga mempunyai nilai yang tinggi pada masa hadapan. Hal ini kerana, buku yang telah dicetak pada waktu ini belum tentu akan diulang cetak pada masa hadapan. Lantaran itu, pasti sukar untuk kita mencarinya pada masa hadapan. Pada ketika ini kita akan melihat betapa tingginya nilai buku itu.
      Buku juga merupakan harta kekal yang boleh dianggap seperti muzium. Pelbagai kisah, barangan, dan sejarah yang terpapar dalam buku. Kita hanya perlu mencarinya. Berhabisan duit hanya sekali tetapi ilmu yang ada di dalamnya akan kekal selamanya. Oleh kerana sifat buku itu tidak pernah lupus melainkan kita yang melupuskannya. Maka buku sentiasa menjadi tumpuan segenap masyarakat seluruh dunia.
     Kesimpulannya, andai aku boleh menjadi sesuatu buku adalah pilihan utamaku. Aku ingin berkongsi seluruh ilmuku. Aku ingin menjadi penghibur duka. Aku ingin menjadi tempat luahan perasaan.Aku ingin menjadi teman kepada sesiapa sahaja. 



<mini library in the house. coming soon.>



Ada Apa Dengan Gelaran?

Manusia dalam dunia ni ada macam-macam perangai. Kadang-kadang kita tak dapat nak tebak hati mereka. Cantik di luar belum tentu cantik di dalam. Buruk di luar belum tentu buruk di dalam. Macam tu la hati manusia. <apa kena mengena ntah ngan tajuk entri aku tu. hehehe>

Saya pernah berjumpa dengan manusia yang luaran nampak baik tapi hakikatnya sangat mementingkan gelaran. Bagi beliau gelaran itulah segala-galanya. Sampai satu ketika timbul fikiran jahat "gelaran tu boleh bawak mati ke?". Tapi mereka tidak pernah menghiraukan apa kata orang. Mungkin kerana usaha yang telah dilakukan bagi mendapat gelaran tersebut membuat mereka terlalu taksub dengan gelaran yang dipegang. Pengorbanan yang telah dilakukan membuatkan mereka ingin masyarakat sekeliling menghargai dan menyanjungi gelaran tersebut.

Terdapat juga manusia yang langsung tidak kisah akan pangkat dan gelaran yang disandang. Saya pernah temui manusia jenis ini.  Beliau merupakan tokoh koporat yang berjaya namun beliau sangat "humble". Tidak kisah digelar 'pak cik' oleh anak-anak jiran. Malah beliau tetap ramah melayani kerenah kanak-kanak tersebut. Beliau ke kemana-mana hanya berpakaian ringkas. Tidak pernah berasa bangga dengan gelaran yang ada.

Bila melihat dua situasi ini saya mula terfikir. Apakah yang membuatkan mereka berbeza? Satu gelaran terhormat manakala satu gelaran akademik. Pada saya pemegang gelaran akademik seharusnya mampu berfikir dengan lebih rasional dan terbuka. Namun, mereka lebih tergila-gilakan gelaran duniawi ini. Sedangkan tokoh ini yang saya tidak pasti peringkat akademiknya  mampu berfikir dengan lebih baik.<pada pendapat saya taraf akademiknya rendah daripada insan yang satu lagi>

Fikir-fikirkanlah. Ada Apa Dengan Gelaran?




TiT3W SooK3 AWuCK !

'titew cayunk awuck'

'hy3 Awuck , Buart 4p33 7u ???'

<maaf saya tak pandai buat ejaan terkini>

huh! stress sungguh bila baca ayat-ayat macam nie kat laman sosial. Berselirat jadi neuron-neuron. Terasa macam baru nak belajar mengeja pulak. Mane nak buat ejaan fonetik. Mana nak terjemah makna lagi. Memang langsung takleh nak cerna la ejaan macam tu.


Wahai, adik-adik! Tolong la guna buat ejaan yang betul. Nak tulis ringkas pun takpe. Akak boleh paham lagi. Tapi jangan la sampai buat akak nie masuk kelas pemulihan. Naik juling mata akak ni baca ejaan korang adik oi..


|
|
V


Salah Satu Ejaan Pening
<Aduh, titew tak paham la!>



BFF

Tanggal 23 Mac 2013 adalah tarikh yang bakal menyaksikan sepasang lagi anak Adam mendirikan masjid. Bakal pengantin perempuan adalah kawan baik saya sejak sekolah rendah. Kami telah berkawan hampir 14 tahun. Hubungan persahabatan kami sangat erat. 

Dia adalah insan yang sanggup menghulurkan tangannya sewaktu saya masih baru di sekolah tersebut. Dia sentiasa menemani saya tidak kira masa senang mahupun susah. Dia sentiasa menghulurkan bahunya sewaktu saya sangat memerlukan tempat menangis. Dia akan menghulurkan tangannya sewaktu saya terjatuh. Dia tidak pernah jemu melayan kerenah saya. Dia yang sentiasa sabar untuk terus bergelar kawan kepada saya. Dia adalah Nurul Syafawati Binti Mohd Shah. Insan yang akan terus menjadi sahabat saya hingga akhirnya. Insya-Allah.






<zaman sekolah menengah>




<hari-hari terakhir bergelar 'single'>



<yang tengah tu la bakal pengantinnya>




khas untukmu sahabat:





Jumaat, 15 Mac 2013

QUOTES









pfft :
kata-kata mampu memberi motivasi yang tinggi pada seseorang. 
kata-kata adalah perangsang.
kata-kata adalah biasan hati secara terus.


*besarnya fungsi pena*


I.L.M.U

ILMU


ilmu=pengetahuan sama ada tentang akhirat atau duniawi <kamus dewan yang bagi tau>

hmm.. Masyarakat sekarang amat mementingkan ilmu. Bagi mereka tanpa ilmu mereka sangat ketinggalan, sangat loser. Betul ke? Mungkin betul kerana mentaliti masyarakat kini memang begitu.

Kita sering membuat spekulasi bahawa pemandu teksi itu tidak berpelajaran. Tukang sapu itu hanya taraf PMR. Pekebun itu gagal separuh jalan dalam pelajaran di universiti. Spekulasi yang tak berasas langsung. Pernah tak kita selidik dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan yang sungguh menjengkelkan itu? Mungkin mereka tidak mempunyai pelajaran duniawi tapi bagaimana pula dengan ilmu akhirat mereka. Ilmu fardu ain yang lebih penting daripada segala-galanya. Pada waktu itu kita akan malu sehingga tidak mampu untuk mengankat muka.

"Kalau setakat  nak kerja kilang tu gerenti jangan ambik degree la. Buat abis duit je blaja tinggi2 tapi nak kerja kilang. hahaha..." 

Hei, ayat apa ni? Perlu ke sampai macam tu kita menghina? Sekurang-kurangnya dia mempunyai ilmu mungkin lebih tinggi daripada kita sedangkan kita? tepuk dada tanya pada diri.

Rakyat kita lebih cenderung mengukur kejayaan seseorang melalui sekeping sijil. Sijil? Berhabis duit selagi boleh korek korek sampai habis, membuat pinjaman berpuluh-puluh ribu, tak tidur malam, penat. huh, jangan cakap pasal penat. Semua ada masa kita tengah berlumba untuk dapatkan sekeping sijil tu. Tapi yang tu la masyarakt kita nak tengok.

Lagi satu. Exam Oriented. Sangat membebankan. Belajar sampai langsung tak da budak tu social life. Kenapa sampai macam ni sekali? Bila diaorang tak mampu nak bersaing dalam dunia sebenar kita salahkan pelajar tu. Pandai teori tapi praktikal FAIL. Tapi sebenarnya kita sedar tak, bahawa kita yang menjadikan mereka macam tu.

Oleh itu, kita sebagai masayarakat perlu peka. Bukan semua orang mampu mampu untuk "membeli" sekeping sijil. Bukan semua mampu untuk terus fokus dalam melakukan sesuatu tanpa melihat kiri kanan. Dan bukan semua mempunyai nasib yang baik seperti pemegang sijil yang lain.


               

   The Power of Knowlegde

Khamis, 14 Mac 2013

Perbezaan Menjadikan Kami Satu

                                                                    >kami<


13 Mac 2012

Seminar 6 Sasterawan Negara-UPM

Berikut adalah seminar yang perlu kami ikuti bagi subjek minor iaitu Prosa. Meskipun seminar tersebut berlangsung dari pagi hingga petang TAPI kami masih mampu mencari waktu senggang untuk mengadakan sesi bergambar. Itulah hobi kami.hehehe

Kami bukanlah daripada kampung yang sama, membesar bersama mahupun pernah mengenali antara satu sama lain. Tapi kami masih mampu untuk menjadi satu. Setiap daripada kami mempunyai karakter yang tersendiri. Namun begitu kami seolah-olah melengkapi antara satu sama lain. 

Saya dari N9, Krun dari Pahang, Fiza+Noma+Fadhilah dari Kelantan manakala Aini dan Syikin <tiada dalam gambar> berasal dari Terenggu. 

Perbezaan latar tempat dan budaya telah mencorakkan siapa kami pada hari ini. Perbezaan ini tidak menghalang kami daripada terus menjadi rapat. Melalui perbezaan ini jugalah kami telah mewujudkan satu ikatan persabatan yang tulus. Perbezaan yang hadir juga telah merubah aku daripada insan pasif kepada celik dunia. Perbezaan meraka telah membawa aku untuk mengenali dunia humor.


pfft: 
Perbezaan latar geografi dan budaya bukan penghalang untuk mewujudkan sebuah ikatan persahatan.


Jumaat, 8 Mac 2013

Body Language

Bahasa badan atau body language adalah salah satu bentuk komunikasi. Kita boleh menyampaikan pesanan melalui bahasa badan. terdapat pelbagai cara bahasa badan yang boleh dilakukan seperti melambai, menggeleng, kenyit mata, diam, hentak kaki dan banyak lagi. Biasanya, bentuk komunikasi jenis ini boleh menyampaikan pesanan kepada penerima.

Contohnya, 

Silence treatment merupakan cara saya menunjukkan kemarahan yang terpendam. selain itu, saya akan tidur tanpa menghiraukan orang sekeliling sehingga kemarahan tersebut reda. Biasanya, setelah bangun tidur saya akan melupakan segalanya.

Menggeleng biasanya dikatakan sebagai menolak perminataan sesuatu namun terdapat juga sesebuah tempat menunjukkan tanda setuju. Kelainan inlah yang menjadikan keunikkan sesuatu tempat itu.  Dalam dewan parlimen ahli akan menunjukkan tanda setuju dengan menepuk meja. Kanak-kanak biasanya menunjukkan tanda protes dengan menghentak kaki mereka.

Bahasa badan yang digunakan secara univers seperti meletakan jari telunjuk dibibir membawa maksud diam, tepuk tangan tanda sokongan, melambai tanda ucap selamat tinggal, simbol 'T' menunjukkan tamat dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, bahasa badan ini sebenarnya penting dan menarik. tetapi kita harus peka dengan sekeliling kerana kadang kala bahasa badan yang kita guna tidak sama dengan tempat yang lain.

p/s:* nanti kita bincang pasal anamotopia pulak la. tajuk yang paling saya suka dalam lx.




K.G.N.D.P

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA

Aku, saya, i, me, de, sei, kawe, ambo, mika, teman, serta banyak lagi yang sering kita dengar tentang penggunaan kata ganti diri pertama.Bila sebut je tentang kata ganti diri terus saya teringatkan sebuah kisah.

Perbualan berlaku antara saya, adik dan seorag jiran. kami bercakap tentang masalah penguasaan bahasa inggeris. Tengah rancak berborak tetiba jiran ni menyampuk "awak tak pandai orang puteh". Secara automatik saya dan adik terkedu. <terasa hakikatnya>. Yelah, kami memang agak kurang menguasai bahasa inggeris namun bila jiran cakap macam tu kat depan kami sendiri  kami berasa sangat malu.

Tapi hal tersebut tidak berlanjutan, setelah diamati corak perbualannya, saya mendapati dia membahasakan dirinya dengan panggilan awak. hmm, suatu yang baru bagi saya. Bermula dari hari tersebut saya sudah mula boleh  menerima kelainan yang wujud antara negeri. Setelah masuk ke UPSI kelaianan tersebut bagi saya adalah sebuah keunikan bahasa bagi kawasan tersebut. Sangat menarik sebenarnya sekiranya kita mengkaji perbezaan tersebut.


p/s: *lepas abis borak masuk je rumah terus kami gelak sakan. yelah bagi kami pelik sangat cara dia guna kata ganti nama. nakalkan.


Selasa, 5 Mac 2013

ATM oh ATM

ATM? bukan ATM pasukan bola bimbingan B. Sathianathan tu tapi mesin ATM yang boleh buat keluar duit tu. ok, back to main topic>>>

Macam ni, minggu lepas saya pergi Maybank kat pekan nk bank in duit la citenya.  Kan banyak mesin kat situ mesin ATM, Cash Deposit, dan Cheque cash Deposit *tak ingat lar nama apa. Oleh kerana pada hari tersebut gaji baru masuk, jadinya bank memang sangat sesak dengan manusia.

Nak dijadikan cerita masa tengan beratur panjang tu ada 2 mesin ATM tak digunakan. Saya rasa macam pelik la pasal orang tak guna mesin tu. Disebabkan saya ni sangat bosan menunggu orang depan saya yang masih ramai tu jadisaya pun tinjau la mesin ATM sebelah tu. Jadi busy body kejap.. hehehe Aik? boleh guna. kenapa xguna je mesin ni? kenapa sanggup beratur panjang? macam2 persoalan lar timbul masa tu. Benda tu macam sangat lawak.

Tapi serius saya rasa pelik sangat. Kenapa orang kita suka sangat ikut orang lain? Kenapa kita tak pastikan dulu sebelum buat sesuatu keputusan? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Persoalan yang terus berlegar dalam fikiran sebelum ada seorang pemuda memecahkan persoalan tersebut. Sepatutnya  waktu boleh dijimatkan dan tak payah penat-penat berdiri kalau mereka tengok dulu keadaan sebenar. Pelikkan????

p/s: Sepatutnyasaya tak payah fikir pun benda2 tu semua tapi nak buat macam mana dah takda keje.. hehehe