AKHIRNYA....
Setelah berminggu-minggu tugasan ini mampu disiapkan meskipun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi sewaktu menyudahkannya. Mencari topik untuk dikongsi bukanlah sesuatu yang mudah. Adakalanya saya terpaksa memeram tajuk dan tulis separuh jalan sehingga dua tiga minggu bagi mencari idea untuk diluahkan. Terdapat juga saya mampu menulis dalam masa satu hari sehingga tiga ke empat entri. Bila kehabisan idea saya tidak mampu untuk mencerna idea walau sebaris ayat. 'Blogwalking' juga terpaksa dijalankan bagi mendapatkan idea-idea baru sebagai bahan penulisan. Sesungguhnya menulis blog bukalan sesuatu yang mudah. Saya adakalanya terpaksa menghadapi situasi tiada idea untuk diluahkan dalam minggu itu. masa tu draf yang dah hampir berhabuk dibelek diselongkar nak buat entri punya pasal. Saya sangat menghormati mereka yang mampu bertahan dalam dunia blog. Syabas buat mereka kerana boleh menulis aktiviti harian dan berkongsi pandangan serta pendapat tanpa rasa segan atau sebarang sekatan. ada niat nak jadi bloger separa tegar.
Hah, perkara paling membuatkan saya semakin patah semangat adalah bab-bab menghias blog. Saya bukannya seorang yang kreatif. Oleh itu, proses menghias blog memakan masa yang agak lama. Saya hampir patah semangat untuk menghias blog. Akhirnya, jadi seperti yang saya inginkan. Simple but nice!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan