![]() |
Alamak! Masa untuk berubah. |
Baiklah topik hari ini adalah bahasa rojak, bahasa pasar, pencampuran kod, dan bahasa slanga. Bahasa rojak atau bahasa yang tidak keruan, ragam bahasa tidak mengikut sistem. Contohnya, dalam pembinaan ayat dimasukkan bahasa asing sehingga becampur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, jawa, cina dll. Oleh sebab itu, muncullah istilah baru seperti "malaylish" bermaksud melayu+inggeris. awat aku skema sangat harini?
![]() |
<malu ok> |
Terpaksa diakui bahawa saya adalah pengguna bahasa-bahasa yang telah dinyatakan di atas.. <macam mana nak jadi cikgu bahasa ni. garu2 kepala>. Namun begitu, saya masih berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam dialog harian. Sebenarnya, kerap digunakan sewaktu menghantar pesanan. selagi boleh diringkas saya akan ringkaskan. <ramai je yang macam sayakan? betul tak? baik mengaku jela. tak nak terlibat sorang-sorang > Meskipun agak sukar kerana telah terbiasa dan hampir menjadi tabiat sejak dahulu.
Beberapa contoh bahasa yang telah dirosakkan:
"i baru je lepas makan"
"aku dah otw ke tempat kau ni"
"Menyampah gila aku dengan si dot-dot"
"Naik berbulu mata aku tengok minah tu"
"pergh, gempak siot!"
<ok, fine! cuba berubah. ah, masih ada niat nak tulis menggunakan sistem bahasa yang salah>
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kerosakkan bahasa. Antaranya:
1. Bahasa Sms
2. Sikap kurang yakin masyarakat dengan BM.<bangga je dengan bahasa melayu>
3. Terlalu mengagungkan BI.<nak agung macam mana bahasa inggeris pun tak pandai. ihik3>
4. Pengaruh persekitaran.<plap. kene setepek atas muka>
5. Pengaruh media massa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan