Selasa, 23 April 2013

SELESAI

AKHIRNYA....
Setelah berminggu-minggu tugasan ini mampu disiapkan meskipun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi sewaktu menyudahkannya. Mencari topik untuk dikongsi bukanlah sesuatu yang mudah. Adakalanya saya terpaksa memeram tajuk dan tulis separuh jalan sehingga dua tiga minggu bagi mencari idea untuk diluahkan. Terdapat juga saya mampu menulis dalam masa satu hari sehingga tiga ke empat entri. Bila kehabisan idea saya tidak mampu untuk mencerna idea walau sebaris ayat. 'Blogwalking' juga terpaksa dijalankan bagi mendapatkan idea-idea baru sebagai bahan penulisan. Sesungguhnya menulis blog bukalan sesuatu yang mudah. Saya adakalanya terpaksa menghadapi situasi tiada idea untuk diluahkan dalam minggu itu. masa tu draf yang dah hampir berhabuk dibelek diselongkar nak buat entri punya pasal.  Saya sangat menghormati mereka yang mampu bertahan dalam dunia blog. Syabas buat mereka kerana boleh menulis aktiviti harian dan berkongsi pandangan serta pendapat tanpa rasa segan atau sebarang sekatan. ada niat nak jadi bloger separa tegar.  
Hah, perkara paling membuatkan saya semakin patah semangat adalah bab-bab menghias blog. Saya bukannya seorang yang kreatif. Oleh itu, proses menghias blog memakan masa yang agak lama. Saya hampir patah semangat untuk menghias blog. Akhirnya, jadi seperti yang saya inginkan. Simple but nice!


Lagi-Lagi Bahasa


Alamak! Masa untuk berubah.


Baiklah topik hari ini adalah bahasa rojak, bahasa pasar, pencampuran kod, dan bahasa slanga. Bahasa rojak atau bahasa yang tidak keruan, ragam bahasa tidak mengikut sistem. Contohnya, dalam pembinaan ayat dimasukkan bahasa asing sehingga becampur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, jawa, cina dll. Oleh sebab itu, muncullah istilah baru seperti "malaylish" bermaksud melayu+inggeris. awat aku skema sangat harini?

<malu ok>


Terpaksa diakui bahawa saya adalah pengguna bahasa-bahasa yang telah dinyatakan di atas.. <macam mana nak jadi cikgu bahasa ni. garu2 kepala>. Namun begitu, saya masih berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam dialog harian. Sebenarnya, kerap digunakan sewaktu menghantar pesanan. selagi boleh diringkas saya akan ringkaskan. <ramai je yang macam sayakan? betul tak? baik mengaku jela. tak nak terlibat sorang-sorang >  Meskipun agak sukar kerana telah terbiasa dan hampir menjadi tabiat sejak dahulu.

Beberapa contoh bahasa yang telah dirosakkan:

"i baru je lepas makan"

"aku dah otw ke tempat kau ni"

"Menyampah gila aku dengan si dot-dot"

"Naik berbulu mata aku tengok minah tu"

"pergh, gempak siot!"

<ok, fine! cuba berubah. ah, masih ada niat nak tulis menggunakan sistem bahasa yang salah>


Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kerosakkan bahasa. Antaranya:

1. Bahasa Sms
2. Sikap kurang yakin masyarakat dengan BM.<bangga je dengan bahasa melayu>
3. Terlalu mengagungkan BI.<nak agung macam mana bahasa inggeris pun tak pandai. ihik3>
4. Pengaruh persekitaran.<plap. kene setepek atas muka>
5. Pengaruh media massa. 







Jom Belajar Bahasa Minang!

Minangkabau? Bahasa Minang? oh, dah lama nak belajar tapi takde orang nak ajar. :-( <alasan je padahal kalau nak seribu dayakan?>

Ok, suatu hari sewaktu sedang merayau-rayau dalam perpustakaan Tengku Bainun saya telah bertemu dengan sebuah buku masuk folk tale pulak "kata sapaan bahasa minangkabau". Wah, syok nih ! Teringin nak belajar la konon. <sebenarnya nak cari tajuk assigment sosio yang perlu dihantar lepas cuti.. hehe.. ops, bocor rahsia!> 

Eh, merapu apa pulak ni. Kembali kepada topik asal belajar bahasa Minang.Beberapa perkataan yang aku sempat belajar. Sebenarnya tak banyak beza dengan bahasa Melayu tapi cara sebutan tu je yang buat bahasa Minang ni jadi unik.


Bahasa Minangkabau
Bahasa Melayu
Taba
Tebal
Lapa
Lapar
Saba
Sabar
Takuik
Takut
Aluih
Halus
Lapeh/Lopeh
Lepas
Panek/ Ponek
Penat


pfft : Yang kat atas tu baru bahasa asas. Panggilan pun ada banyak jenis jugak. tapi tak larat nak senarai. sorang2 sampai 7 8 9 panggilan. betul tak tipu!


Pernah dengar lagu Ayam Den Lapeh nyanyian Anita Sarawak a.k.a Kak Nita <yang saya tahu la>? hah, ni satu hal. Dulu masa mula dengar lagu ni saya terpikir "happe la yang orang ni nyanyi. sepatah haram aku tak paham". Kemudian cari kat google <ok, tipu!  masa tu google pon tak kenal. malu tutup muka>.  Saya pun tanya la ayahanda terchinta apa yang Kak Nita nyanyi tu. Ayahanda saya pun terpaksa la menjelaskan "word by word" lagu tu. Nak buat macam mana kalau tak nanti saya akan tanya lagi. hehehe.. *ching. sengeh nampak lesung pipit. motif?*



Jom Santai !
|
|
|
v

Isnin, 15 April 2013

Perkahwinan Dalam Adat Perpatih dan Adat Temenggung


Setiap upacara dalam adat perkahwinan yang dijalankan ada tatacara komunikasi tertentu. Seseorang yang ingin berkahwin perlu menjalani empat proses bermula daripada merisisk, meminang, bertunang dan perkawinan. Setiap satunya mempunyai adat dan cara yang berlainan. 

Adat Merisik
Sudah menjadi kelaziman yang ibu bapa masyarakat adat perpatih dan adat temenggung berusaha sedaya upaya dan penuh teliti mencari seorang calon yang sesuai untuk dijadikan menantu. Usaha mencari ini dipanggil sebagai merisik. Merisik merupakan satu proses sebelum melakukan peminangan. Sebelum berkunjun ke rumah si dara, ibu bapa biasanya memilih beberapa orang saudara yang terdekat utuk menjadi wakil. Hal ini kerana, pada kebiasaannya pihak lelaki yang akn merisik pihak perempuan bersesuai dengan perbilangan adat:
           
Untung anak lelaki cari-carikan,
Untung anak perempuan nanti-nantikan.

Walau bagaimanapun tidak menjadi kesalahan sekiranya, wakil perempuan yang memulakan proses ini. Adat sendiri telah membayangkan kemungkinan akan berlaku perkara tersebut melalui kata-kata adat yang perempuan diiras-iraskan. Maksunya keluarga perempuan berhak menonjolkan anak gadis mereka agar dipinang orang.

Adat Meminang
Adat meminang adalah satu adat susulan setelah Adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat meminang dilakukan setelah  ibubapa si lelaki bersetuju untuk menjadikan gadis yang dirisik bakal menantunya. Meminang adalah membawa tepak sirih yang lengkap diisi dengan alatnya seperti daun sirih yang telah dipilih dari daun yang elok, kapur, gambir, bunga  cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan kepada keluarga si gadis. 


Adat Bertunang

Adat pertunangan dilakukan setelah adat meminang selesai setelah kedua belah pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan sudah setuju anak-anak mereka ditunangkan. Adat pertunangan adalah tahap ketiga dalam adat perkahwinan. Peringkat ini ada satu tahap menentukan tarikh melangsungkan perkahwinan dan juga dalam tempoh pertunangan itu hingga hari perkahwinan. Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua belah pihak untuk membuat persediaan hari perkahwinan Selain itu, tempoh pertunangan ini merupakan tempoh pemerhatian dan percubaan bagi si gadis. Ketika tempoh ini si gadis hendaklah menjaga diri seperti tidak boleh keluar rumah sesuka hati. Si gadis juga perlu belajar memasak, menjahit dan mempersiapkan diri untuk menjadi isteri sepanjang tempoh pertunangan.


Pengucapan bahasa bagi mereka dalam tempoh pertunangan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menasihati si gadis dan si lelaki adalah seperti “kamu sekarang darah manis jangan buat tak tentu hala”.

Perkahwinan
Adat Perkahwinan adalah upacara kemuncak bagi kedua-dua pasangan pengantin yang disatukan, iaitu mereka disahkan menjadi suami-isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam Adat Perkahwinan seseorang lelaki akan melalui empat tahap proses adat iaitu tahap pertama bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang, tahap ketika adat persandingan dan tahap keempat adat menziarah. Keempat-empat tahap dalam proses Adat Perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib adat dan mempunyai tatacara komunikasi tertentu iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

Komunikasi lisan adalah cara interaksi menggunakan pengucapan bahasa kiasan, pepatah-petitih, gurindam, seloka, pantun, syair dan lain-lain yang mempunyai pengertian tertentu dalam Adat Perkahwinan. Komunikasi bukan Lisan  adalah perlakuan seseorang, alat-alat bunyian seperti rebana, kompangm benda-benda yang meberi simbol makna kepada seseorang seperti tepak sirih, sirih junjung, keris, tengkolok, tepung tawar, bunga rampai, bunga telur dan lain-lain lagi.

Walaupun masyarakat Melayu yang mengamalkan dua adat yang berbeza iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih tetapi perlaksanaan dalam Adat Perkahwinan tidak banyak berubah.  Perbezaan yang nyata dalam kedua Masyarakat Melayu ini adalah dari segi loghat yang digunakan iaitu dialek pertuturan yang membezakan Masyarakat Melayu Kuala Kangsar dan Negeri Sembilan Apa yang menarik, Pepatah-petitih perbilangan adat yang digunakan oleh masyarakat Melayu di kedua-dua tempat tersebut adalah hampir sama. Begitu juga setiap upacara adat dijalankan pasti terdapat penggunaan gurindam, pantun dan seloka yang merupakan komunikasi lisan mereka.

Faktor geografi, kawasan dan daerah tidak dapat memisahkan cara pelaksanaan adat istiadatnya kerana masyarakat Melayu di kedua-dua kawasan kajian adalah daripada satu rumpun bangsa dan agama sebagaimana “Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat, adat negeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung, adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah”. 






Sistem Pemerintahan di Negeri Sembilan


             Raja beralam
            Penghulu berluak
            Lembaga berlingkungan
            Buapak beranak buah
            Anak buah duduk bersuku-suku
            Berapa sukunya?
            Dua Belas!
                                                                   (Haji Mokhtar bin Haji Md. Dom, 1977:4)

Maksud kata-kata adat di atas adalah raja merupakan pemerintah utama negeri. Penghulu pula dibantu oleh luak manakala lembaga pula ketua bagi setiap daerah. Buapak pula merupakan pemerintah kepada anak-anak buah yang juga dipanggil perut. Setiap kampung mempunyai perut yang tinggal dengan suku-suku masing-masing yang terdiri daripada dua belas suku semuanya.

Suku-suku tersebut ialah Suku Biduanda(Dondo),Batu Hampar( Tompar), Paya Kumbah(Payo Kumboh), Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang (Somolenggang) Seri Lemak (Solomak),Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka, dan Tiga Batu.

Suku tempatan ialah Suku Biduanda, suku Anak Acheh dan suku Anak Melaka. Suku Biduanda adalah suku yang layak menjadi undang atau penghulu Luak di Negeri Sembilan.

Bagi saya sistem pemerintahan di Negeri Sembilan sangat unik. Mereka mengamalkan dasar demokrasi yang cukup teratur. Pemilihan pemimpin tertinggi diletakkan 100% pada anak-anak buah. Setiap peringkat anak buah mempunyai tugas-tugas mereka yang tersendiri.  Meskipun saya bukan anak jati Negeri Sembilan <campur dengan Kelantan> tapi saya tepat nak berbangga. hehe

Jom Layan
|
|
|
V


TAK FAHAM BAHASA !












 hLogo-logo di atas sering kita temui dalam Komuter? Apa fungsi logo tu ye? Sekadar pameran atau sebagai peringatan? Secara teorinya logo tersebut adalah amaran atau tanda peringatan kepada pengguna KTM. Tapi sesetengan pengguna lelaki menganggapnya sebagai pameran. huh! Saya sendiri seringkali tersepit dengan masalah ini.hei get out! did not you see that sign? <dalam hati> 

Saya sangat sokong dengan dasar kerajaaan yang menyediakan kemudahan khas buat wanita. Sangat bagus dan keselamatan terjamin. Tapi kenapa tidak dilaksanakan secara telus? Apabila dasar ini dilaksanakan hanya untuk jangka waktu yang sekejap pihak yang bertanggungjawab membuat pemantauan bagi mengelakkan masalah berlaku. Itu pun hanya di stesen-stesen besar. Kenapa?

Kini tiada pemantau. Kalau ada pun adakalanya mereka hanya membutakan mata sahaja. Kami sebagai pengguna wanita akan merasa tergugat apabila gerabak yang dikhaskan untuk kami dengan lambang yang sangat besar dikuasai oleh kaum adam. 

Saya adalah pengguna tetap komuter. Setiap kali berlaku masalah ini saya perhatikan jarang rakyat kita yang melakukan kesalahan tapi warga asing. Setiap kali ditegur oleh pengguna wanita yang lain mereka hanya memekakkan telinga dan membutakan mata. Sehinggakan ada yang berani melawan dengan kata-kata kesat. <aku hanya mampu memandang dan membenci secara jauh. shame>

Pernah suatu ketika, saya dan beberapa ahli keluarga yang lain <girls day out> naik komuter dari Batang Benar. Apabila tiba di stesen Kajang warga asing daripada jantina yang berlawanan naik berpusu-pusu dalam gerabak wanita. hei, apa ini? Kami pun bagi isyarat dalam diam. Ada yang faham dan ada yang buat tak faham. huh! Masa dalam perjalan balik, gerabak wanita masih dikuasai oleh kaum adam. Paling menyakitkan hati, tempat duduk dikuasai oleh mereka. Mereka duduk dengan bangga dan tanpa rasa bersalah.datang negara orang belagak macam negara sendiri. sorry to says this.




Selasa, 9 April 2013

Mana Adab Kita?

Pada Sabtu lepas saya telah bercuti ke Kuala Lumpur bersama kawan-kawan. <wah, bercuti gitu>. Berjalan-jalan sebenarnya. Lepas dah penat berjalan kami pun berehat sementara nak solat Zohor. Jadi Times Square (TS) menjadi tempat tumpuan kami kerana boleh pergi jalan-jalan lagi lepas solat tu. hehehe

Nak dijadikan cerita, lepas solat tu saya masuk tandas nak berhias gitu. Al-maklumlah lepas dah berehat nak make-up pulak. Biasalah perempuan.


Sewaktu dalam tandas saya dengar bunyi kecoh-kecoh. Secara automatik kunci "busybody on". lalala.. Jadi saya pun masuk je tandas pasal tu je tandas paling dekat dan tak ramai orang.


Bila dah masuk dalam tu, tetiba telinga saya jadi telinga lintah. Curi dengar kisah yang menyebabkan kekecohan tersebut. Rupa-rupanya mak cik "cleaner" tak puas hati dengan seorang pengguna ni. 


Mak cik tu meluahkan perasaan dia kat seorang pengguna lain. Kisahnya begini, mak cik tu baru lepas cuci tandas. Tapi ada seorang insan wanita ni telah membuat banjir dengan sengaja dalam tandas tersebut. Jadi mak cik tu tegurlah, tapi pengguna ni tak puas hati. Dia pun tengking mak cik tu.


Mak cik "cleaner" tu rasa sedih. Dia pun tanya pada pengguna tempat dia meluah perasaan tu "kenapa rakyat Malaysia sekarang ramai yang sombong? Setahu saya rakyat Malaysia baik hati dan pandai hormat orang". Masa tu saya tetiba rasa tersentap. <Cleaner tu orang Indonesia>



pfft:

--> Mana adab kita sebagai warganegara? Tak malu ke bila orang luar dah mula pertikaikan tentang adab sopan kita?

--> Perbezaan darjat masih penting ke sekarang? Kenapa orang darjat rendah tak boleh tegur orang bedarjat tinggi?


--> budi bahasa budaya kita! 

Selasa, 2 April 2013

ILMU vs HARTA


Kalau kita ada harta, kita kena jaga harta;
Kalau kita ada ilmu, ilmu jaga kita;
Kalau kita belanja harta, harta akan berkurang;
Kalau kita belanja ilmu, ilmu akan bertambah;
Kalau kita simpan harta, harta akan ada;
Kalau kita simpan ilmu, ilmu akan hilang
Harta boleh beli rumah, tapi bukan kebahagian rumahtangga
Harta boleh beli ubat, tapi bukan kesihatan
Harta boleh beli kawan, tapi bukan persahabatan
Harta boleh beli makanan, tapi bukan kekenyangan

Harta boleh beli apa saja
Harta ada dibolehkan saja
Harta pengukur keupayaan kita
Harta menaikkan mertabat kita
Harta akan dipertanggungjawabkan dihadapan maha esa;
Dengan harta
Pergilah kemana-mana
Menjelajah lautan yang paling dalam?
Menjelajah angkasa raya yang sepi?
Mendaki puncak dunia?
Membeli pulau impian?
Ingatlah wahai saudara,
Harta tidak dpt membeli ibu bapa yg telah tiada,
Fikirkan anak-anaku,
Ilmu mendapatkan harta,
Ilmu merupakan jalan-jalan kita menuju syurga.

1 2 3 4 5 6 7


Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti:
 "ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye"

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. Sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh : Oh, I'm sorry
Pemuda : It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh : Thank you too.
Pemuda : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh : ( hairan ) what for?
Pemuda : ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh : Are you sick?
Pemuda : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh : ( bingung )



pfft:
1. mencuba sesuatu yang baru tidak salah tapi jangan sampai   memalukan diri sendiri.
2. orang buat kita nak buat tapi tengok dulu kemampuan diri.
3. budi bahasa budaya kita.
4. uji kemampuan diri untuk sesuatu yang belum pernah kita cuba.
5. ujian akan menentukan kemampuan diri seseorang.

BFF -II-

Sebelum ini saya pernah ceritakan yang saya ada seorang kawan baik. Boleh tengok --> BFF

Sekarang dia dah sah bergelar isteri. Dah jadi puan. Walaupun begitu, dia masih tak berubah. Masih insan yang pernah saya kenal dulu. Masih masih gila-gila di telefon. <perkahwinan tidak merubah dirinya>

Gambar sekitar majlis perkahwinan Puan Nurul Syafawati dan pasangannya Muhammad Hasif.

<in her wedding dress>
<sayang ketat-ketat>
<inilah ahli girl2 saya>
<kami: pemeriah majlis>

<kami: mini reunion>
<abang dia pun bersading jugak>

pfft:
-Masa majlis tu ada dua pengantin. 
-Kawan-kawan yang datang adalah kawan sejak zaman sekolah. Kami dah berkawan hampir 10tahun.
-Kami sangat rapat. Jarak dan masa bukan pemisah persahabatan antara kami.
-Semangat persahabatan antara kami sangat kukuh.
-Kawan menangis sukar untuk dicari.
-Saya sayang semua kawan-kawan saya!
-Selepas ini siapakah antara kami semua akan yang masuk fasa seterusnya????? tunggu dan lihat. <RSVP>

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Berdasarkan tajuk yang dikemukan kita akan dapat melihat ramai dalam kalangan kita yang tidak berminat untuk "mengukur baju di badan sendiri". <awat cheq skema sangat ni?>

Baiklah kembali kepada persoalan utama. Kita sering mendengar ungkapan "biar papa asal bergaya". Pakai baju branded. Makan kat restoran mewah. Berjalan mendongak langit. Bak kata orang HIDUP DALAM GAYA tapi hakikat sebenar kita tiada apa-apa. Malu ok! Lagak macam orang kaya tapi setakat sehari jela. Yela la masa gaji keluar tu. Masa tu gaya hidup memang tak ingat dunia la. Keesokan harinya, hidup macam asal balik. Sadis! Lagi sadis tak sampai hujung bulan mula la cari orang nak pinjam duit. <orang bujang biasanya suka kehidupan macam ni. Ops, maaf andai terasa!> 

Baik kita ikut macam orang Cina. Mereka sanggup kelihatan selekeh walau hakikat sebenar mereka berduit. Mereka tidak akan menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada selagi tidak mencapai tahap yang dihajati. Kita biasa tengok, perniagaan mereka laku tapi masih pakai kereta buruk, baju selekeh, rumah masih gaya lama. Bila tanya cakap duit tak cukup. Tapi sebagai yang berfikiran waras kita tahu yang mereka menyembunyikan hakikat sebenar. 

Resam masyarakat Cina "bagi cangkul jangan bagi duit". Cina akan bagi cangkul dalam erti kata lain modal bagi anak-anak mereka yang malas ke sekolah atau anak-anak yang kurang bijak. Mereka tidak akan memaksa anak-anak untuk belajar sebaliknya, anak-anak akan dihantar untuk belajar kemahiran. Kenapa tidak kita ikut resam ini. Masyarakat Melayu kita lebih mementingkan nama dan taraf. Mereka sanggup memaksa anak-anak ke sekolah meskipun sedar akan hakikat sebenar anak-anak. <Maaf, jika bahasa saya agak kasar.> 

Sekiranya, anak-anak dihantar untuk belajar kemahiran atau apa sahaja program yang mereka minati, mereka akan jadi lebih minat dan semanagt untuk belajar. Melalui cara ini mereka tidak akan membuang waktu untuk sesutu yang tidak disukai. Ibu bapa akan merasa senang kerana tidak perlu fikir gaya dan cara yang sesuai untuk memaksa anak-anak ke sekolah.


pfft:
itu hanya pendapat saya je. bebas menyokong, bebas mempertikaikan, bebas memberi pandangan. apa-apa pun hidup ini kena Enjoy. hehe