Khamis, 28 Februari 2013

Minggu yang Memenatkan

Assalamualaikum..

Skip update blog? hehehe.. Tak sengaja.
1: Sibuk menguruskan program Ko-K yang bakal berlangsung minggu hadapan. <Balik bilik terus tidur.>
2: Line wi-fi kolej yang tak tentu arah. <Penat tunggu "loading" terus tutup lappy.>
3. Frust tengok blog tak cantik macam blog orang lain. <Tapi pagi tadi dah Cikgu Cristine dah ajar, jadi boleh lar mereka blog lepas ni. Thanks, Cikgu Cristine! hehehe>

Minggu ni aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan. Walaupun baru masuk minggu ke-2 tapi aku sudah mula kalut memikirkan pelbagai perkara. hmmm... "Campus Life!" Jadi perkara ini adalah sesuatu yang normalkan?

*p/s : Seorang mahasiswa yang sibuk dan tiada masa yang cukup adalah normal, tapi bila dia tiada kerja dan sangat rilex adalah sesuatu yang pelik.




Isnin, 25 Februari 2013

BLOGGER

25 Feb 2013. 
Buat pertama kali menjadi seorang blogger. Hakikatnya, aku lebih senang menulis diari daripada blog. Bagiku blog agak melecehkan kerana bukan sepanjang waktu berada bersama kita. Faktor lain seperti kemudahan internet yang sukar diperolehi menyebabkan aku kurang berminat untuk menjadi seorang blogger. Walau bagaimanapun, aku akan cuba untuk menjadi seorang blogger *meskipun bukan penulis tegar blog* dan bukan hanya sekadar menjalankan tugasan yang diberi.

Ops, lupa! Nik Nurul Atikah Binti Ab Aziz adalah nama yang diberi. Boleh panggil apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai. :)

Wish me Luck!